Tuesday, April 10, 2012
Friday, January 27, 2012
~ Menanti Kehadirannya ~
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 7:37 AM 0 comments
Labels: luahan rasa
Sunday, December 26, 2010
Thursday, March 18, 2010
.:: Novel & Selendang Hijau ::.
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 9:33 AM 2 comments
Labels: luahan rasa
Tuesday, February 2, 2010
.:: Starting a New... ::.
New Journey, New Culture, New Friends n New Carrier....
tinggal lagi beberapa jam sahaja untukku selesaikan 'packing' barang-barang.. tak tahu apa yang penting untuk dibawa dan apa yang kurang penting untuk ditinggalkan. baru selesai satu beg dan ada lagi 2 beg menanti untuk dikemaskan. BUT... semalam dah siap satu beg, tibe2 pemegang beg tu plak wat hal.. aduh.. jenuhnye nak susun semula baju2 ke beg lain.. so S.A.D.. huhuhu
Now! pandang je la barang2 tu.. harap ia boleh tersusun dengan sendiri nya.. hehehe.
Fli8 jam 8.30 am E.S.O.K .. pejam celik pejam celik cam tak caye je esok da nak berangkat. Pemergianku akan dihantar dan diiringi oleh ayah n umi (^_^) so xda la rse sedih ngat. my parents duk selama 4 hri 3 mlm disana. hikhik. sekurang2nye untuk kali pertama memulakan kerjaya ditempat org ada sumone special a.k.a fmly tersayang..
Buat masa sekarang nie tak dapat dibayangkan camne new life kat sana. bertemu dengan budaya baru.. suasana baru.. pengalaman baru.. kawan2 baru.. dan student baru...hehehehe...
Sahabat2 sekalian tolong doakan moga perjalanan kami selamat hendaknya (",)
~ Kenangan itu mencoretkan pelbagai warna dalam kanvas kehidupan ~
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 12:39 PM 0 comments
Labels: luahan rasa
Thursday, December 31, 2009
.:: Kisah di Putrajaya ::.
Alkisah....
Allahumma solli wa sallim 'ala saidina muhammad ...(bunyi ringtones) Assalamualaikum..Cik Ain ye? Ye saya.. Saya dari Jabatan Pendidikan Khas ingin memaklumkan penempatan cik di Sarawak. Taklimat 4 jan 2010 di KPM , Putrajaya jam 7.45 pagi. Kemudian bus gerak ke KLIA jam 9.00 pagi.... HA???? ( Aku terkedu ) Jadi saya kne siap2 bwk beg n brg2 ke putrajaya 4 hb tu la nti?? Ya cik. Sediakan pasport skali ye. Terima kasih.
Fuh... mcm tak percaya je bile dapat panggilan dri KPM hari Ahad yang lalu. Betul ke aku ditempatkan ke Sarawak?? YA ALLAH berikanku kekuatan...
Lepas dpt call trus je gtau umi..respon umi- pegi la.nti ade kwn umi kt sne leh tgk2 kan awk. So setakat nie umi mmg ok.. Then xlme tu try call ayh plak ( ayh n umi kje hri ahd ritu. bz tul diorg ) Call2 hpon ayh xangkat..mybe dia tgh class..so da agk2 kul 5 try lgi call..bru dpt.. Ayh, klong dpt posting Srwk.. Emm( tu je jwpn ayh).. da xsedap ati nie.. gtau lgi, yah klong dpt srwk kne lapor diri 4 jan nie kat kpm then kul 9 trus flight kt sne. ( ayh senyap gak) last2 ayh kte..emm gi je la.
...................................................................................................................................................
Sepanjang 2-3 hari nie berurusan ngn KPM ulang alik ke Putrajaya. Utk ape?? emm..xperlu la dijelaskan cukup sekadar meluahkan bhwasanya beginilah realitinya berurusan dgn manusia.. Kne bermain dgn politik kata2.. Tidak semua yg mempunyai sikap ingin membantu.. Hanya sekadar melepaskan batuk di tangga..
Hari pertama smntara tgu appointment jmpe ngn pegawai jam 2.00 ptg. Sempat lagi jenjalan kat ALAMANDA..hehehe.. sambil minum2 air.. haus sgt da.. then gi la jumpe ngn pegawai berkenaan.. dengan tak disangka2 kne lecture free.. maka berjurai lah air mata tnpa dipinta.. kenangan oh kenangan...rupenye hidup xseindah yang disangka.. tpi bile bnyk cabaran kite akan menjaadi semakin matang dengan pengalaman.. xpe2...slgi ada usaha insyaAllah kita kan menggapai kejayaan...
Hari kedua pulak.. kali nie gi ngan ayh n adik.. cam biase..naik turun KPM..pas gi blok nie kne ke blok sne plak..peh memang giler la.. org kate kite kne usaha klu kite nak dptkan sesuatu kan..xleh nk duk diam jer.. so pas da setel kt KPM gi ke UIA..utk register smula.. pastu gi opis ayh.. lepak2 jap dan2 jer terlelap..kepenatan bt urusan kt KPM tdi...huhuhu. agk2 da petang ayh ajk balik..otw ayh kte jom la singgah ALAMANDA..kebetulan mmg adik nk crik kasut bola dier.. peh dekat sejam diorg memilih.. cmtu upenye dak laki pilih kasut kan.. akhirnye adik jmpe gak kasut pilihan dier.. jenama adidas tu.. da bli kasut pilih lak baju..peh mmg la..lelaki oh lelaki
hari ketiga.. pegi lagi ke putrajaya sbb dpt call pgi tdi, - dik kne follow-up ngn permohonan klu tak nti susah- huhuhuhu...nmpknye 3 hri berturut2 la aku ke sne... kali nie ayh pon join skali. utk urusan kali nie ayh la yg banyk bersuara.. so aku hny duduk membatu mendengar perbincangan ayh dgn pegawai2 KPM.. akhirnya.. bru lah tahu situasi sebenar... dan kata putusnya..jeng..jeng..jeng.. nantikan berita selanjutnyer ye..
.....................................................................................................................................................
Moral of the story : Man jadda wa jada :) Berusahalah selagi ada masa kemudian bru lah kita bertawakkal dengan apa yg telah kita usahakan.. InsyaAllah Allah memberikan ganjaran terbaik buat hambaNya yang sentiasa mengingatiNya... Amiiinnn
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 9:14 PM 3 comments
Labels: luahan rasa
Monday, December 7, 2009
.:: Di Celah Persidangan PPN 2009 ::.
Kuala Kangsar, 6 Disember - Berakhirnya satu persidangan Perhimpunan Perwakilan Nasional 2009 yang telah diadakan di Kolej Islam Darul Ridzuan. Untuk kali keduanya negeri Perak diberi amanat untuk menjadi tuan rumah bagi PPN ini.
"Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah" menjadi tema bagi perhimpunan yang berlangsung di Bandar DiRaja yang penuh bersejarah.
Actually... baru 1st time melibatkan diri sepenuhnya dalam bahagian wartawan a.k.a JK Media untuk program PPN nie.. banyak btul input yg diperolehi... belajar dari individu berpengalaman spt ukt Atriza.. K.Emy.. n lain2... tak lupe juga mencedok ilmu pengetahuan dari Pkcik abd Jalil, PM Umi Kalthum.. Pkck Ralim.. dan sume crew yg terlibat.. opss...thanks a lot jugak utk K.Khadijah Azman krna sudi membantu dan melayan karenah kami...
PPN yang berlansung selama 3 hari ni (4-6 Disember 2009) sememangnya meninggalkan 1001 kenangan dan pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan.. dimana ukhuwah terjalin..kasih bersemi..permuafakatan dirai..ilmu diteladani..
........................................................................................................
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 12:54 PM 1 comments
Labels: luahan rasa
Monday, November 30, 2009
"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan CINTA saya kepada Allah kerana CINTA saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk dikasihi Allah, tetapi hati saya dipenuhi kerinduan kepada Yusuf. Adakah saya telah menjadi musyrik?? Ustaz.....tolonglah saya! Demi Allah, saya tiada kuasa untuk memilih satu cinta dari kerinduan ini.
Rintihan Zulaikha merobek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kepada Yusuf semakin mendalam. Inilah kitab cinta seorang wanita muslimah kepada Yusuf - pemuda muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Mungkinkah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui sepasang insan akan berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama api kecemburuan, iri hati, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat menguji iman....
Inilah novel spiritual cinta dan iman berlandaskan Al-Quran yang telah dieksporasi ke dalam kehidupan, pengalaman dan perilaku umat kontemporeri. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dalam menjalankan ibadah, cinta dan obsesi hidupnya.
* Mampukan aku menjadi seperti Zulaikha??? Mampukah aku menggapai CINTANYA yang Maha Agung ???
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 8:42 AM 1 comments
Monday, November 23, 2009
.:: Setelah Kian Lama ::.
Assalamualaikum buat semua...
Rasanya dah lama juga blog nie tak di'update'....
Masa kian berlalu....
Macam2 perkara juga telah berlaku...
Ragam manusia yang pelbagai...
Hati manusia yang berubah...
Namun...
Ketetapan Allah itu....ada hikmahnya...
Redha dan pasrah atas segalanya...
Wallahu a'lam
1.52am - 22 Nov 2009
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 1:49 AM 0 comments
Friday, July 24, 2009
.:: Rahsia Solat Di Awal Waktu ::.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Sebagai contoh,
- Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
- Waktu Zuhur
- Waktu Asar
- Waktu Maghrib
- Waktu Isyak
- Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 11:38 AM 0 comments
Saturday, July 11, 2009
.:: Ketika Cinta Bertasbih ::.
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
~ Ketika Cinta Bertasbih ~
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 11:22 AM 0 comments
Friday, June 19, 2009
.:: Segala Puji Bagi Allah ::.
Akhirnya usahaku tidak sia-sia..
"...And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out, [3] And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if anyone puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish His purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion"
Surah At-Thalaq :2-3
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 5:02 PM 0 comments
Saturday, June 6, 2009
.:: Doa Untuk Suami Dari Isteri Solehah ::.
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 8:06 AM 2 comments
Labels: Santapan Rohani
Thursday, May 28, 2009
.:: Jendela Hati ::.
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
Seharum wangian kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanya kan bermula di sini (2x)
~ Firdaus - Jendela Hati ~
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 2:16 AM 1 comments
Labels: luahan rasa
Monday, May 18, 2009
.:: Walau Apapun Erti C.I.N.T.A ::.
Walau apapun erti C.I.N.T.A.....
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan,
Cinta berlaku setelah ijab qabul,
Cinta lepas kahwin. Itulah cinta qudus.
Cinta bermaruah. Bukan cinta murahan.
Inilah kemuliaan agama kita, Islam...
Apabila agama melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu PERKAHWINAN.
Sabda Rasulullah sollallahu'alaihi wasallam :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali NIKAH
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 10:58 PM 2 comments
Labels: luahan rasa
Sunday, May 17, 2009
.:: T.O.T ABJZ ::.
17 Mei 2009 - Sambutan hebat program 'Training Of Trainers - Anda Bijak Jauhi Zina' yang berlangsung di Pejabat JIM , Dataran Senawang, N.9 dari jam 9.00am - 5.00pm.
peserta khusyuk mendengar celoteh penceramah...alhamdulillah mendapat respon yang baik dari peserta yang menghadiri kursus ini..
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 10:49 PM 0 comments
Labels: aktiviti
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Salam...
Selamat hari ibu diucapkan pada seluruh wanita yang bergelar 'ummi, ibu, mama, emak'..
Buat ummi tersayang .. TERIMA KASIH atas segala jasa dan keringat yang telah dikorbankan dari dulu, kini dan selamanya untuk anakmu ini...tak jemu-jemu membesarkan, mendidik,membimbing dan menasihati anakmu ini...
Coretan buat UMMI...
Hari ini,
aku menjadi seorang insan,
aku berjaya bergelar graduan,
aku bakal bergelar guru
aku bakal meneruskan kehidupanku
segalanya keranamu UMMI..
Hari ini,
aku dapat melihat senyumanmu,
aku dapat mendengar leteranmu,
aku dapat mencium tanganmu,
aku dapat menikmati masakanmu,
aku dapat merasai kehangatan tubuhmu,
aku masih dapat bersama-sama denganmu UMMI..
Ya Allah ,
Kau berikanlah kebahagiaan buatnya,
Kau berikanlah kesajahteraan kepadanya,
Kau berikanlah umur yang panjang buatnya,
Kau berikanlah kekuatan kepadanya,
Kau hadiahkanlah kasih sayang yang tak mampu aku berikan padanya,
Kau berikanlah kesempatan bagiku untuk berbakti kepadanya,
Kau berikanlah kesempatan bagiku untuk menggembirakannya,
KAu berikanlah kesempatan bagiku untuk membahagiakannya,
Tetapi...
Jika ditakdirkan kasihMu mendahului segalanya,
Jika ditakdirkan sayangMu mendahului segalanya,
Kau golongkanlah baginya di kalangan orang-orang yang Kau cintai,
Kau selamatkanlah baginya dari bakaran api neraka,
Kau tempatkanlah baginya syurga abadi yang Kau janjikan,
Dengarlah rintihan hati hambaMu ini,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Terima Kasih YA ALLAH...
Ummi,
Tika dan saat ini tidak ternilai harganya,
Tika dan saat ini tidak terhitung banyaknya,
Tika dan saat ini tidak terjangkau tandingannya,
Dari kecil hinggalah kini pengorbanan yang telah kau lakukan
Ku rasakan tidak akan mampu aku membalasnya...
Hanya satu yang mampu ku ungkapkan...
TERIMA KASIH YA ALLAH...
KAU TELAH MENGHADIAHKAN KEPADAKU SEORANG INSAN YANG BERGELAR UMMI...
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 1:38 PM 3 comments
Wednesday, May 6, 2009
.: Sekadar Perkongsian :.
Kisah ini dipetik dari blog my sis...
Mari kita rengkan sejenak bersama2..Moga ada manfaatnya..InsyaAllah (",)
Assalamualaikum warahmatullah…
Mungkin ini sedikit coretan, ikhlas dri hati ana. Sekian lama menanti sebuah jawaban. Inginkan kepastian dalam meniti arus kehidupan. Penuh dengan ujian dan dugaan yang mencabar. Namun kini……Kutemui Jalan Pulang….
Ana terbaca dalam web iLuvIslam artikel mengenai ”COP”…??
Sahabat2 ana semua..
Perkara yang ingin ana kongsi ini adalah sesuatu yg menjadi kerisauan dan kebuntuan buat semua pemuda/i Islam.
”aku ingin sentiasa berada di JalanMu Ya Allah! Namun, aku inginkan insan yang sentiasa bersama-samaku dalam mengharunginya”
Secara jujur dan ikhlas ana katakan,perkara yang ingin ana kongsi ini, juga menjadi kekeliruan dan kebuntuan dalam setiap kotak fikiran ana suatu masa dahulu. Namun, ALLAH telah meleraikannya dengan izinNya, Alhamdulillah…
KETAKUTAN SEORANG PENCINTA
” aku nak kenal dia”
”aku nak cop dia, dia soleh/ah”
“aku nak kenal hati budi dia, xkenal maka xcinta”
“yer,mmg jodoh kat tangan Allah..tapi kita perlu usaha??”
”Usahalah kenal dia, SMS laa””Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal””Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau”
Lastly…………………………………
”xnak lah. Aku rasa aku x suai dengan dia”
hm..xper r. Bosan r dia tuh”
erm, cancel!!
”ala, dulu dah becinta bagai nak rak. Sekarang dah bosan r!!”
”buang habis kredit duit aku jer, last2 xjadi jgk!”
Persoalan yang timbul sekarang…
1) Boleh ker taqdim?
2) Nak cop dia boleh ker? kalau menggangu hati n fikiran dia cm ner?
3) Sebenarnya macam mana CINTA DALAM ISLAM NIE?????
Sahabat2 yang dirahmati Allah,
1) Letakkan keyakinan yang tinggi pada Allah swt. Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seseorang adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..
Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’
2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan pencinta akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.
ni tidakan2 para pencinta….:
Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.
Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..
3) Cabaran Seorang Pencinta Mujahid….
Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..‘Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan’
Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap insan inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.
Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.
Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.
Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.
Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)
Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai ana juga terleka, ingatkanlah ana juga
Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..
salam ukhuwah..
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 2:14 PM 3 comments
Tuesday, April 14, 2009
... Warkah Cinta Berbau Syurga ...
Penulis : A.Ubaidillah Alias
Terbitan : PTS Millennia -ulang cetak kedua 2009
Harga : RM 23.50
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 8:36 AM 0 comments
Labels: novel
Monday, April 6, 2009
..:: قلبي نداك ::.
ليك أنا ملك ليك تعالى قرب ضمني محتاجة ليك
ليك وروحي فيك يا حب عمري انا عمري كله هأعيشه ليك
هواك هو الحياة وأنت اللي أنا بعشق هواااااااه
كان قلبي مناه أجمل ملاك يكون معااااااااه
ياه قلبي نداك واتمناك تبقى انت ويايا
ياه بعد سنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضمني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وهاعيش عمري عشان عينيك وعمري فداك
ياه قلبي نداك واتمناك تبقى انت ويايا
ياه بعد سنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضمني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وهاعيش عمري عشان عينيك وعمري فداك
ايه احتاج لايه لو كنت جنبي معايا ديما قوللي ايه
ياه ده انا من زمان محتاجة لقلب يحس بيا واحس بيه
Posted by عين اليقين بنت عبد الله at 9:35 AM 1 comments
Labels: luahan rasa










