THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, March 29, 2009

Telinga Oh Telinga..

~Rehat Sebentar Bersama KitKat~

Anatomi Telinga


















Telinga Oh Telinga...ni asiment untuk subjek perkembangan dan ciri murid masalah pendengaran..bile la nak siap asiment nie, dri semalam duk belek2 n cari bahan...last2,baru dpt buat 2 page jer...ingat nak lukis jugak gambar anatomi telinga tpi disebabkan kesuntukan masa, guna scanner jer...kita jangan sia-siakan sumber teknologi yang sedia ada...hehehe

okla...i want to continue my assignment...chaiyork!!!!
da lame tak tgk citer korea...~lalalala~

Saturday, March 28, 2009

.:: Insan Bernama GURU ::.

Bagaimana GURU boleh menjadi ROLE MODEL terbaik JIKA...

- ‘Guru pun cakap tak serupa bikin’
- ‘Guru pun sama – dua kali lima’
- ‘Guru pun tak ikut peraturan’
- ‘Guru pun kaki ponteng’
- ‘Guru pun tak kemas/selekeh’
- ‘Guru pun bising dalam mesyuarat’
- ‘Guru pun tak hormat orang tua’
- `Guru pun pakai seksi’
- ‘Guru pun tak beri atau menjawab salam’
- ‘Guru pun …….’


Maka...perlulah kita memeriksa identiti diri dan MUHASABAH bersama...

Imam Ghazali menyatakan 4 kaedah mengetahui aib pada diri ialah melalui :-

 Melalui orang berilmu.
 Melalui rakan yang ikhlas dan boleh dipercayai.
 Melalui cercaan dan kutukan daripada musuh.
 Melalui persekitaran dan masyarakat.

Sun Tzu pula berpendapat dalam bukunya "The Art Of War"

~ Kenali diri anda, kenali musuh anda dan anda akan mencapai kejayaan yang mutlak ~

Justeru, sebagai seorang GURU, kita perlulah mempunyai sikap-sikap yang berikut :-

1. BELAS KASIH kepada murid dan memperlakukan sebagai anak.

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya aku bagi kalian adalah bagaikan bapa terhadap anaknya”.

2. Mengajar semata-mata KERANA ALLAH dan ikhlas dan bukan harapkan pujian, imbuhan dan sebagainya.

“Wahai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kamu sebagai upah bagi seruanku.Upahku hanyalah daripada Allah”
~Surah Hud Ayat 29~

3. Sentiasa MENASIHATI murid.

4. Mencegah murid daripada akhlak tercela secara langsung atau tidak dengan KASIH SAYANG BUKAN CELAAN.

5. Tidak mencela ilmu atau kewibaan guru lain dan perlu MENINGKATKAN ILMU dari masa ke semasa.

6. Menyampaikan ilmu berdasarkan KESESUAIAN TAHAP PENERIMAAN DAN PEMAHAMAN murid dan bukan sesuatu yang tidak boleh dijangkau oleh pemikiran mereka.

Ali r.a “ Memberi ilmu kepada orang bodoh (tidak mampu berfikir) adalah sia-sia dan tidak beri ilmu kepada orang berhak adalah kezaliman”.

7. Murid yang terbatas kemampuan sebaiknya DISAMPAIKAN HAL-HAL YANG JELAS DAN SESUAI dengannya.

8. Guru hendaklah melaksanakan ilmunya yakni TIDAK MENDUSTAKAN PERKATAANNYA.

‘Mengapakah kamu suruh orang lain (mengerjakan kebaikan) sedang kamu melupakan diri sendiri”.
~Surah Al Baqarah Ayat 44~


.:: KeMULIAan TUGAS Insan Yang Bernama GURU ::.

Konsep Mengajar sesuai dengan Hadis Nabi Muhamad s.a.w:-

“ Apabila meninggal dunia seorang insan maka tinggallah semuanya, kecuali 3 perkara iaitu ilmu yang diajar kepada orang lain, amal jariah yang dilakukan dan anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibubapanya”.

Tuesday, March 24, 2009

Pelajar Pakar...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Jam da menunjukkan pukul 12.22 am...aku masih terkial-kial mencari idea untuk meneruskan penulisan assignmentku...arrgghhh,....ape nak tulis nie...BUNTU!!!!"Rabbi Yassir Wala Tu'Assir Ya Kariimm...tengok mber2 sedap tdo...rse cam nak join jer.tapi kje tak siap lagi...

Apa itu pelajar pakar? Expert Learner? Expert Student? Hmmm....

Pelajar pakar mempunyai taktik dan strategi pembelajaran
Pelajar pakar mempunyai pelbagai strategi yang berbeza
Pelajar pakar mempunyai pengetahuan kondisional tentang pelbagai strategi
Pelajar pakar mempunyai keinginan menggunakan strategi pembelajaran


Antara ciri-ciri yang terdapat pada pelajar pakar ialah:

1. Are cognitively engaged
2. Focus attention and effort
3. Process information deeply
4. Monitor understanding

adakah anda tergolong dalam kategori pelajar pakar???
Renung2kan dan fikir2kanlah..Selamat Beramal... heheheh (mcm pernah ku dengar aja ayt ini ya, tapi dimana ya???)

mataku sudah tidak mampu bertahan...akirnya...aku SYAHID ......................zZzZzZzZzZzZzZz

Monday, March 23, 2009

Salam Sejahtera....


Tiada secantik bahasamu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu
Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang jadi nyata bersamamu
Pertama dan kaulah segalanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista membakar kita
Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
sejauhmana pun berpisah
kau dihatiku dan ku sama
dalam tidur dalam terjaga
ku ucapkan salam sejahtera....

Sunday, March 22, 2009

" Test Bahasa Isyarat "

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Hari ini saya akan menceritakan kisah abid dan syaitan.

Di sebuah kampung , ada seorang lelaki yang sangat miskin. Tetapi dia sangat rajin beribadat kepada Allah. Dia dinamakan abid.

Di kampung ini ada sebatang pokok yang sangat besar. Ramai orang kampung menyembah pokok itu. Mereka percaya pokok itu tuhan mereka.

Pada satu hari, abid membawa kapaknya. Dia ingin menebang pokok besar itu. Tiba-tiba syaitan yang menyamar seperti manusia menahan abid dan berlakulah pergaduhan. Akhirnya abid menang.

Syaitan merayu supaya abid tidak membunuhnya dan menawarkan 2 keping emas setiap hari.

Abid gembira dan bersetuju dengan tawaran syaitan itu. Dia mula lupa beribadat kepada Allah.

Syaitan tersenyum kerana telah berjaya menipu abid.

Satu hari, Abid tidak mendapat 2 keping emasnya. Dia marah dan pergi untuk menebang pokok besar itu .

Sekali lagi syaitan menghalang abid dan mereka bergaduh.

Kali ini abid kalah kepada syaitan.

Syaitan sangat gembira tetapi abid sangat menyesal.

Abid kalah kerana dia telah lupa beribadat kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dengan rasa sedih.

Abid meminta ampun kepada Allah.

Moral : Bersyukurlah kepada Allah di atas segala nikmat dan kurniaannya.

erm....nervous giler time bercerita nie...
Alhamdulillah,,semuanya berjalan lancar...~Syukur PadaMu Ya Allah~

Tuesday, March 10, 2009

Subuh Yang Terakhir

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir


..:: AL-FATIHAH buat pak itam Sulaiman yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 2am di Hospital Segamat. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 mukmin. amiinn ::..

Monday, March 9, 2009

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

salam mahabbah pembuka bicara...

lidahku masih kelu untuk berkata-kata..namun tangan mula melakarkan coretan tanpa merenung apa yang ada pada BISIKAN HATI..aku masih mencari-cari kemana hilangnya segala idea2ku, emosiku,diriku,naluriku,perasaanku..hanya Allah sahaja yang TAHU apa yang terbuku diHATI ini..


Sebelum aku memulakan segalanya, inginku merakamkan berjuta penghargaan buat insan2 tersayang dalam HIDUPku...


Buat Ayah dan Umi,

terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan ayah dan umi selama ini demi melihat kejayaan dan kebahagiaan anakmu ini

Buat adik2ku,

usah dibiarkan langkah kalian terhenti, teruskanlah perjuangan tanpa mengenal erti penat dan sengsara..Jangan dibiarkan kealpaan dan kelalaian terus merantai diri kalian..

Buat sahabat2 seperjuanganku,

kalianlah pendorong semangat untuk diriku terus bertahan meneruskan langkah mencari ilmu Allah tanpa henti..

Terima Kasih..Terima Kasih YA ALLAH atas kurniaanmu menciptakan insan2 disampingku demi menjalaskan tugasku sebagai KHALIFAHMU dimuka bumi ini...Hanya PadaMu aku berharap dan Hanya PadaMu jua aku berserah...Amiinn...



*p/s : moga coretan awal mampu memberi semangat untukku meneruskan BISIKAN HATI di masa akan datang (",)