THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, March 18, 2010

.:: Novel & Selendang Hijau ::.


Kepulanganku ke Semenanjung merupakan satu kepulangan yang penuh bermakna. Disebalik kesedihan hidup diperantauan terselit 1000 kebahagiaan dan kegembiraan tatkala pulang ke 'baiti jannati'.

Aku menanti hari istimewa dan detik2 itu dengan penuh debaran.....

Khamis : Result SPM 2009 diumumkan. Dalam kelas, aku rasa tak senang duduk. Hampir setiap saat menanti panggilan dari family. Debaran mendengar keputusan adikku. Akhirnya jam 12 tengahari ayah menelefonku. " Long, dah tau result furqan?" "Belum ayah. Alhamdulillah furqan dapat straight A's ( dia mengambil 11 subject ). Alhamdulillah, ujarku. Ha,balik nie bolehla awak buat nasi arab ye. PakLangLan pun teringin nak makan nasi arab tu. InsyaAllah takde masalah ayah :) Hatiku bersyukur, gembira dan terharu. Ayah. Umi. Insan2 yang terlalu banyak berkorban untuk kami... Lalu pada malamnya aku berterima kasih padaNYa atas kurniaan dan nikmatnya yang tidak terhingga. Ya Allah sesungguhnya padaMU kami memohon perlindungan dan pengharapan. Kami serahkan seluruh jiwa raga kami kepadaMU demi menegakkan syiarMu di muka bumi ini.. amin Ya Rabbal 'Alamin...

Jumaat : Ain, flight kul brape? ujar rakan sepejabat. Kul 11.25 hari sabtu. Tak sabarnya rasa kak nak balik jumpe family... Walau baru sebulan aku diperantauan namun rindu pada keluarga tak dapat digambarkan. Usrati Jannati (",) Sesungguhnya mereka sentiasa dihati .. Selesai sesi persekolahan , aku terus bersiap2 untuk bertolak ke Miri. Menaiki WAJA bersama rakan2. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Tepat. Setibanya disana , aku disambut oleh adik2 Maktab Perguruan Miri. Pada malamnya mengikuti program daurah dan qiyamullail bersama mereka. Alangkah Indahnya Hidup Jika BersamaMu Ya Allah (",) Ukhuwah yang terjalin dalam pertemuan singkat sesungguhnya akan berpanjangan selagi hayat kami masih ada. InsyaAllah, Amin..

Sabtu : Awal2 pagi jam 6.30 am , kami ke airport MIRi untuk urusan check in bagasi ku. Kerana aku ingin bersama2 mereka ke Daurah di Surau Perkampungan Melayu. Pengisian program yang sungguh bermakna. 'Disini Kita Bermula' menyentuh lafaz kalimah syahadah yang sentiasa kita alunkan di bibir. Penghayatan yang mendalam terhadap lafaz tersebut benar2 mengisi rohaniku yang kian lama sepi dan alpa. Aku sekali2 tidak akan membenarkan kesibukan urusan duniawi menjadi alasan bagi kesepian itu. Hanya seketika aku diberi peluang bersama2 adik2 kemudian tiba lah masa untuk berangkat ke airport. Penerbanganku jam 11.25am.

KLIA : Setibanya di sana, aku melihat umi, dek mus dan wan sedang menanti di bangku. Gembiranya hati tak terkata pabila menatap wajah2 yang tersayang. Ayah menunggu di dalam kereta. Berhenti sembahyang di Masjid Paroi Jaya kerana akan menghadiri walimatul urus sahabat seperjuanganku - KakZakirah. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil kheir :)

Ahad : Usai solat subuh dan bacaan Al-Ma'thurat yang menjadi hidangan rohani di awal pagi , aku segera turun ke dapur. Melihat keperluan yang tiada. Hari ini ayah memintaku memasak nasi arab. Katanya untuk jamu saudara mara serta sempena kejayaan adik2ku. Hari ini hari paling bermakna. Hari ini hari paling sibuk. Hari ini aku bertemu dengan rakan2 seperjuanganku. Hari ini juga hadirnya insan yang amat bermakna dalam hidupku.....

~ novel dan selendang hijau ~


*kenapa ya pilih tajuk nie??? hehehe....