THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, May 6, 2009

.: Sekadar Perkongsian :.

Kisah ini dipetik dari blog my sis...

Mari kita rengkan sejenak bersama2..Moga ada manfaatnya..InsyaAllah (",)


Assalamualaikum warahmatullah…

Mungkin ini sedikit coretan, ikhlas dri hati ana. Sekian lama menanti sebuah jawaban. Inginkan kepastian dalam meniti arus kehidupan. Penuh dengan ujian dan dugaan yang mencabar. Namun kini……Kutemui Jalan Pulang….

Ana terbaca dalam web iLuvIslam artikel mengenai ”COP”…??
Sahabat2 ana semua..
Perkara yang ingin ana kongsi ini adalah sesuatu yg menjadi kerisauan dan kebuntuan buat semua pemuda/i Islam.


”aku ingin sentiasa berada di JalanMu Ya Allah! Namun, aku inginkan insan yang sentiasa bersama-samaku dalam mengharunginya”

Secara jujur dan ikhlas ana katakan,perkara yang ingin ana kongsi ini, juga menjadi kekeliruan dan kebuntuan dalam setiap kotak fikiran ana suatu masa dahulu. Namun, ALLAH telah meleraikannya dengan izinNya, Alhamdulillah…

KETAKUTAN SEORANG PENCINTA

” aku nak kenal dia”
”aku nak cop dia, dia soleh/ah”
“aku nak kenal hati budi dia, xkenal maka xcinta”
“yer,mmg jodoh kat tangan Allah..tapi kita perlu usaha??”
”Usahalah kenal dia, SMS laa””Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal””Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau”
Lastly…………………………………
”xnak lah. Aku rasa aku x suai dengan dia”
hm..xper r. Bosan r dia tuh”
erm, cancel!!
”ala, dulu dah becinta bagai nak rak. Sekarang dah bosan r!!”
”buang habis kredit duit aku jer, last2 xjadi jgk!”

Persoalan yang timbul sekarang…
1) Boleh ker taqdim?
2) Nak cop dia boleh ker? kalau menggangu hati n fikiran dia cm ner?
3) Sebenarnya macam mana CINTA DALAM ISLAM NIE?????

Sahabat2 yang dirahmati Allah,

1) Letakkan keyakinan yang tinggi pada Allah swt. Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seseorang adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..
Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’

2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan pencinta akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.
ni tidakan2 para pencinta….:

Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.

Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..

3) Cabaran Seorang Pencinta Mujahid….
Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..‘Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan’
Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap insan inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.
Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.
Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.
Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.

Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)

Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai ana juga terleka, ingatkanlah ana juga
Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..
salam ukhuwah..

3 comments:

.::Nur Faizah Azizan::. said...

;)

Miss Huday said...

Salam...

Kepada sapa2 yg nak baca..

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul by Fatimah Syarha

Best..

عين اليقين بنت عبد الله said...

alhamdulillah dah selesai membacanya...memang tak rugi membeli...jom pakat2 baca novel tu...