THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 6, 2009

.:: Bermulanya Perjuangan Sebenar Dalam Hidupku ::.

TEPAT JAM 8.00 MLM TANGGAL 6 APRIL 2009, AKAN BERMULALAH SAAT-SAAT PERJUANGAN SEBENAR AKU DI MEDAN PEPERANGAN...OPPSSS...PEPERIKSAAN...HEHEHE

"Ya Allah berilah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian dan cabaranMU, berkatilah segala ilmu2 yang telah aku pelajari, bukakanlah pintu2 rezekiMu untuk hambaMu ini, hijabkanlah hatiku dari segala kemaksiatan duniawi ini, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusan2ku didunia ini serta diakirat kelak, jadikanlah aku seorang MUSLIMAH yang benar2 hidup berlandaskan AL-Quran dan As-Sunnah"

Amiinn...

PAPER PERTAMA : KAEDAH MENGAJAR

Ape yang aku dah baca??? pas makan tadi duk rayau bilik kawan2...ngaco org la tu kje nye...hehehe...tapi kita tidak sia2kan masa yang ada..soalan pertama yang aku kemukakan time lepak2 tu ialah 'Apakah kekurangan kurikulum terdahulu?' ha...sape tahu jawapannya...

jeng..jeng...jeng...

tibe2 jer kuar persoalan nie kan? nak tahu under tajuk ape? ok, ni berkaitan dengan KERTAS DASAR SEMAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM. Terdapat tiga aspek yang ditekankan dalam perubahan kurikulum semakan iaitu isi pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Kurikulum terdahulu memuatkan kesemua objektif pembelajaran dan isi pengajaran tanpa mengambil kira keupayaan murid yang berbeza-beza. Ketiadaan pemeringkatan dalam hasil pembelajaran telah menjadikan ketiadaan atau kekurangan tumpuan kepada murid2 yang berpencapaian sederhana dalam beberapa proses P&P. Justeru satu langkah dasar semakan telah diambil bagi memastikan setiap murid dapat memahami dan menguasai isi pelajaran mengikut aras2 yang telah ditetapkan berdasarkan keupayaan mereka...begitulah serba sedikit yang dapat aku simpulkan dari persoalan yang dikemukakan diatas tadi...hehehe...tajuk tentang KURIKULUM DASAR SEMAKAN tu panjang sebenarnya...tak larat nak ceritakan semuanya.

Da bis borak2, lepak2 sambil makan2...upsss...hehehe...nampaknye makin tembam la asik makan malam2 jer...(",) nak tau gi bilik sape??? ha...BIARLAH RAHSIA...Hanya aku, dia dan .... DIA lagi .....yang tahu...

satu lagi topik yang aku ingin kongsikan bersama ialah metodologi asas yang digunakan oleh Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam dalm mendidik ummatnya..Apa dia?? Adalah dengan menjadikan Al-Quran sebagai asas penyampaiannya. Metodologi ini memberi 3 implikasi utama dikalangan sahabat iaitu pertama, ayat Al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam memberi kesan keyakinan yang mendalam terhadap segala penyampaian yang akan diutarakan selepas pembacaan ayat tersebut. Implikasi kedua pula ialah Al-Quran mampu melembutkan jiwa dan hati para pembaca dan pendengarnya. Buktinya telah dijelaskan oleh Allah subhanahu wa ta'ala dalam firmannya yang bermaksud :

" Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya dengan pelbagai cara);yang (oleh kerana mendengarnya dan membacanya)kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah subhanahu wa ta'ala" ( Surah Az-Zumar:23)

Berdasarkan implikasi yang kedua ini, sekaligus membuktikan bahawa gejala sosial yang kian menular dikalangan remaja a.k.a pelajar mampu ditangani dengan pendekatan AL-Quran..Sejauhmanakah ke'relevan'an pernyataan ini???? Marilah kita sama-sama fikirkan...( perbincangan ini akan disambung pada post akan datang ..*sebenarnya da ngantok..tak larat nak berhujah lagi..huhuhu )

Implikasi terakhir- ketiga- ialah Allah subhanahu wa ta'ala menegaskan dalam kitabNya, bahawa Al-Quran itu merupakan cahaya yang boleh memberikan cahaya hidayat kepada manusia. Melalui cahaya hidayat itu, manusia boleh kembali kepada Allah subhanahu wa ta'ala dan tanpanya manusia akan tersesat.
(Ketiga-tiga point ttg metodologi ini dipetik dari BUKU PENDIDIKAN ISLAM : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN by UST.KAMARUL AZMI & UST.AB HALIM TAMURI)


Jelaslah disini bahawa metodologi yang digunakan oleh Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam adalah satu pendekatan yang baik dalam menjadikan penyampaian dan pengajaran beliau berkesan. Maka, sudah menjadi tanggungjawab untuk seorang guru itu menggunakan pendekatan ini dalam mendidik dan melahirkan pelajar rabbani yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

MAMPUKAH AKU MENJADI SEORANG GURU YANG MENCONTOHI KETELADANAN RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM DALAM MENDIDIK ANAK BANGSAKU INI?????

.....................................................................................

0 comments: