THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, March 22, 2009

" Test Bahasa Isyarat "

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Hari ini saya akan menceritakan kisah abid dan syaitan.

Di sebuah kampung , ada seorang lelaki yang sangat miskin. Tetapi dia sangat rajin beribadat kepada Allah. Dia dinamakan abid.

Di kampung ini ada sebatang pokok yang sangat besar. Ramai orang kampung menyembah pokok itu. Mereka percaya pokok itu tuhan mereka.

Pada satu hari, abid membawa kapaknya. Dia ingin menebang pokok besar itu. Tiba-tiba syaitan yang menyamar seperti manusia menahan abid dan berlakulah pergaduhan. Akhirnya abid menang.

Syaitan merayu supaya abid tidak membunuhnya dan menawarkan 2 keping emas setiap hari.

Abid gembira dan bersetuju dengan tawaran syaitan itu. Dia mula lupa beribadat kepada Allah.

Syaitan tersenyum kerana telah berjaya menipu abid.

Satu hari, Abid tidak mendapat 2 keping emasnya. Dia marah dan pergi untuk menebang pokok besar itu .

Sekali lagi syaitan menghalang abid dan mereka bergaduh.

Kali ini abid kalah kepada syaitan.

Syaitan sangat gembira tetapi abid sangat menyesal.

Abid kalah kerana dia telah lupa beribadat kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dengan rasa sedih.

Abid meminta ampun kepada Allah.

Moral : Bersyukurlah kepada Allah di atas segala nikmat dan kurniaannya.

erm....nervous giler time bercerita nie...
Alhamdulillah,,semuanya berjalan lancar...~Syukur PadaMu Ya Allah~

0 comments: