THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, March 28, 2009

.:: Insan Bernama GURU ::.

Bagaimana GURU boleh menjadi ROLE MODEL terbaik JIKA...

- ‘Guru pun cakap tak serupa bikin’
- ‘Guru pun sama – dua kali lima’
- ‘Guru pun tak ikut peraturan’
- ‘Guru pun kaki ponteng’
- ‘Guru pun tak kemas/selekeh’
- ‘Guru pun bising dalam mesyuarat’
- ‘Guru pun tak hormat orang tua’
- `Guru pun pakai seksi’
- ‘Guru pun tak beri atau menjawab salam’
- ‘Guru pun …….’


Maka...perlulah kita memeriksa identiti diri dan MUHASABAH bersama...

Imam Ghazali menyatakan 4 kaedah mengetahui aib pada diri ialah melalui :-

 Melalui orang berilmu.
 Melalui rakan yang ikhlas dan boleh dipercayai.
 Melalui cercaan dan kutukan daripada musuh.
 Melalui persekitaran dan masyarakat.

Sun Tzu pula berpendapat dalam bukunya "The Art Of War"

~ Kenali diri anda, kenali musuh anda dan anda akan mencapai kejayaan yang mutlak ~

Justeru, sebagai seorang GURU, kita perlulah mempunyai sikap-sikap yang berikut :-

1. BELAS KASIH kepada murid dan memperlakukan sebagai anak.

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya aku bagi kalian adalah bagaikan bapa terhadap anaknya”.

2. Mengajar semata-mata KERANA ALLAH dan ikhlas dan bukan harapkan pujian, imbuhan dan sebagainya.

“Wahai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kamu sebagai upah bagi seruanku.Upahku hanyalah daripada Allah”
~Surah Hud Ayat 29~

3. Sentiasa MENASIHATI murid.

4. Mencegah murid daripada akhlak tercela secara langsung atau tidak dengan KASIH SAYANG BUKAN CELAAN.

5. Tidak mencela ilmu atau kewibaan guru lain dan perlu MENINGKATKAN ILMU dari masa ke semasa.

6. Menyampaikan ilmu berdasarkan KESESUAIAN TAHAP PENERIMAAN DAN PEMAHAMAN murid dan bukan sesuatu yang tidak boleh dijangkau oleh pemikiran mereka.

Ali r.a “ Memberi ilmu kepada orang bodoh (tidak mampu berfikir) adalah sia-sia dan tidak beri ilmu kepada orang berhak adalah kezaliman”.

7. Murid yang terbatas kemampuan sebaiknya DISAMPAIKAN HAL-HAL YANG JELAS DAN SESUAI dengannya.

8. Guru hendaklah melaksanakan ilmunya yakni TIDAK MENDUSTAKAN PERKATAANNYA.

‘Mengapakah kamu suruh orang lain (mengerjakan kebaikan) sedang kamu melupakan diri sendiri”.
~Surah Al Baqarah Ayat 44~


.:: KeMULIAan TUGAS Insan Yang Bernama GURU ::.

Konsep Mengajar sesuai dengan Hadis Nabi Muhamad s.a.w:-

“ Apabila meninggal dunia seorang insan maka tinggallah semuanya, kecuali 3 perkara iaitu ilmu yang diajar kepada orang lain, amal jariah yang dilakukan dan anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibubapanya”.

0 comments: